Friday, April 3, 2015

Faktor Buli

    Buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah terjadi melibatkan pelbagai faktor sama ada faktor luar mahupun faktor dalaman. Faktor luaran melibatkan pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa, sikap masyarakat, dan sebagainya. Faktor dalaman pula ialah tiada didikan agama yang semantapnya, kurang perhatian ibu bapa, masalah keluarga masalah psikologi seperti gangguan personaliti, serta faktor-faktor lain.


    Faktor dalaman seperti kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa memainkan peranan yang sangat  penting kerana ibu bapa sebagai pihak pertama yang membentuk anak-anak menjadi apa yang mereka ajarkan. Ibu bapa pada zaman kini biasanya merupakan ibu bapa yang berkerjaya di mana masa mereka untuk anak-anak sangat terhad. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak dapat berbual mahupun bergaul dengan lebih mesra bagi meluahkan perasaan mereka yang terpendam. Ibu bapa juga tidak dapat memahami dan mengetahui apa yang mereka mahu dan apa yang mereka fikirkan. Kanak-kanak mahupun remaja yang sedang membesar memerlukan perhatian penuh ibu bapa kerana pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling kritikal dalam membesarkan anak-anak. Apabila ibu bapa kurang berinteraksi mahupun mencari tahu apa yang mereka mahu dan fikirkan, anak-anak ini akan bertindak menyimpan perasaan mereka dan meluahkannya di sekolah dengan cara yang negatif demi mengharapkan perhatian orang sekeliling. Namun, ada juga ibu bapa yang berlebih-lebihan dalam memanjakan anak mereka menyebabkan mereka merasa selamat tanpa disabitkan kesalahan walaupun melakukan kegiatan buli tersebut kerana beranggapan ibu bapa akan terus melindungi mereka daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan tersebut.

Selain itu, didikan agama juga kurang diberikan perhatian kerana sesetengah ibu bapa menganggap pendidikan agama kurang penting berbanding pendidikan akademik. Ibu bapa pada zaman teknologi kini rela menghabiskan duit menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan berbayar mahupun kelas kemahiran-kemahiran tertentu berbanding menghantar anak-anak ke kelas agama supaya menyiapkan diri dengan pegangan agama yang asas. Tidak dinafikan kelas-kelas akademik mahupun kelas-kelas kemahiran penting sebagai merit tambahan dalam menempuhi zaman teknologi yang penuh mencabar ini, namun agak keterlaluan bagi sesetengah ibu bapa mengabaikan pendidikan agama yang  sepatutnya menjadi pedoman asas yang paling penting dalam kehidupan seseorang insan. Apabila seseorang pelajar itu tiada asas agama yang mantap, mudah bagi pelajar tersebut melakukan kegiatan yang tidak bermoral seperti buli sama ada untuk tujuan keseronokan diri mahupun mengekspresikan diri mereka sendiri.
Di samping itu, masalah keluarga juga menjadi salah satu punca utama kepada berlakunya kegiatan buli di negara ini. Keretakan keluarga yang berpunca daripada penceraian atau perkelahian kedua-dua ibu bapa menimbulkan tekanan kepada anak tersebut. Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata maklumat diperoleh hasil kajiannya terhadap statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 2011, purata 70 kes perceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi 2011. Hal ini dilihat sangat kritikal bagi perkembangan institusi kekeluargaan terutamanya kesannya kepada anak-anak. Kesannya dapat dilihat di rumah, apabila anak-anak mungkin tidak dapat merasai keharmonian keluarga apa bila ibu bapa mereka sering bertelagah ataupun situasi ibu bapa yang tidak mengendahkan satu sama lain jika sudah bercerai. Anak-anak akan merasa tersepit dengan keadaan ini atas keadaan ibu bapa yang bermasalah dan kerap melibatkan anak-anak dalam masalah mereka. Peranan yang gagal dimainkan oleh ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak dapat menjalani kehidupan mereka dengan baik atas masalah yang tidak dicetuskan mereka ini. Kegiatan buli mungkin dilihat sebagai penyelesaian terbaik oleh anak-anak ini di sekolah bagi melepaskan tekanan mereka.

Faktor rakan kelas itu sendiri turut memainkan peranan dalam menyebabkan tercetusnya kegiatan buli ini. Pelajar yang dibuli biasanya merupakan pelajar baru dalam sekolah tersebut. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan pengalaman bagi pelajar baru tersebut dan pelajar yang membuli (secara keterlaluan) pelajar baru tersebut atas alasan mahu berkongsi pengalaman. Namun banyak juga pelajar yang dibuli merupakan pelajar yang pandai dan pelajar yang mendapat perhatian dalam kelas.
Seterusnya faktor luaran yang sering menjadi punca utama kepada mana-mana masalah sosial ialah pengaruh rakan sebaya. Pelajar ini mungkin merasa terkesan melihat rakan mereka yang berjaya membuli pelajar yang lain bagi menunjukkan kekuatan diri lalu menimbulkan tanggapan bahawa orang yang berjaya merendahkan orang lain menggunakan kuasa atau kelebihan yang mereka ada lebih hebat atau bergaya. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat sama dalam kegiatan tersebut. Mereka juga menggunakan alasan bosan belajar yang membuatkan mereka membuli bagi mencari keseronokan. Golongan bermasalah ini juga biasanya terlibat dengan masalah disiplin yang lain seperti merokok, memonteng, mencuri dan sebagainya.

 Peribadi mereka yang tidak bermoral ini menyebabkan mereka merasakan kegiatan buli itu tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.
Faktor psikologi juga sangat penting sebagai punca kegiatan buli ini. Golongan yang menimbulkan kegiatan buli ini dari sudut psikologinya mengalami trauma akibat daripada pernah dibuli. Bayangan dan dendam dari masa lalu di luahkan semula sama ada kepada pelajar lain atau pelajar yang sama setelah mereka merasa lebih kuat dan hebat. Faktor psikologi yang lain ialah gangguan personaliti di mana golongan pembuli bersifat antisosial yang tidak mahu bergaul dengan orang lain. Golongan antisosial ini mencipta tembok pergaulan yang tidak membenarkan orang lain memasuki dunia mereka oleh sebab mereka tidak suka urusan mereka dicampuri yang menyebabkan mereka merasa tercabar. Mereka tidak mampu mengawal emosi sendiri menyebabkan mereka melepaskannya tanpa menghiraukan perasaan orang yang dibuli tersebut. Namun, mereka langsung tidak merasa bersalah kerana tiada pengalaman dalam pergaulan.

Faktor terakhir yang biasanya menjadi punca kepada masalah ini ialah pengaruh media massa sama ada pada media cetak seperti, majalah, komik, novel dan sebagainya mahupun media elektronik seperti televisyen, Internet, radio dan lain-lain. Majalah-majalah, komik, dan novel yang memaparkan aksi ganas dan tidak bermoral, yang di biar tanpa kawalan telah berjaya mempengaruhi minda mereka seterusnya menjadi aksi yang ingin dipraktikkan kepada orang lain. Media elektronik pula lebih berpengaruh kerana aksi tersebut dapat dilihat secara penuh dan menyeluruh tambahan pula pada abad ke-21 ini, semua maklumat positif mahupun negatif boleh diperoleh di hujung jari sahaja.

Format Menulis Gaya APA (American Psychological Association) - Menulis Nama Pengarang

Populasi bahan elektronik dan bahan bukan elektronik yang popular dan sering digunakan pelajar untuk memperoleh bahan membuat kerja kursus pendek atau kerja projek ialah
  • Buku teks dan rujukan
  • Majalah
  • Kertas kerja
  • Tesis
  • Penulisan ilmiah
  • Internet
  • Akhbar
  • Temu bual
Gaya APA menetapkan rujukan perlu diletakkan selepas teks utama dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut :

  1. Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinombori. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.
  2.  Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang atau tidak dicatatkan.
  3. Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris (single spacing) di antara item dan selang dua baris (double spacing) bagi entri yang berikutnya.
  4. Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua hendaklah ditaip secara ke dalam (indent) yang bersamaan dengan lima jalur.
  5. Penulis juga mesti menggunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam penulisannya.
ENTRI RUJUKAN 

Menulis Nama Pengarang Mengikut Bangsa

Pengarang Barat :
1. Humphery John Bown Watson ditulis H.J.B. Watson atau Watson, H.J.B.
2. Harry Fredwad Michael ditulis H.F. Michael atau Michael, H.F.

Pengarang Arab :
1. Sulayman ibn Rahman al-Faris ditulis Al-Faris, Sulayman ibn Rahman
2. Sharifah Zakiah Alwadud ditulis Zakiah Alwadud, Sharifah
3. Sheikh Ahmad Rahimi ditulis Ahmad Rahimi, Sheikh

Pengarang Melayu :
Nama pengarang Melayu biasanya akan tercatat bin atau binti, namun dalam rujukan tidak ditulis. Jika pengarang mempunyai gelaran seperti Datuk, Datin, Dr. dan sebagainya, gelaran itu ditulis dihujung nama selepas tanda koma (,).
1. Amin Bin Hamid ditulis Amin Hamid
2. Dato' Nordin Bin Hamzah ditulis Nordin Hamzah, Dato' atau Nordin Hamzah
3. Dr. Afdhal Bin Amir ditulis Afdhal Amir, Dr. atau Afdhal Amir

Pengarang Cina :
Terdapat tiga cara menulisnya. Cara pertama,
1. Menulis nama yang lengkap - Lee Tay Peng ditulis Lee Tay Peng
2. Jika pengarang mempunyai gelaran terhormat - Dr. Wai Chee Tian ditulis Wai Chee Tian atau Wai Chee Tian, Dr.
3. Jika nama pengarang ada empat bahagian - Janice Ho Lee Man ditulis Lee, Janice H.L.

Pengarang India :
1. Semua nama ditulis kecuali simbol a/l - Rajendran a/l Chandran ditulis Rajendran Chandran
2. Nama keluarga dicatat pada bahagian hadapan sebelum koma (,) diikuti nama pengarang - Jarjit Singh Siddhu ditulis Siddhu, Jarjit Singh

Pengarang Menggunakan Gabungan Nama dan Parap :
1. M.N. Hafiz ditulis Hafiz, M.N
2. Murniana S.A ditulis Murniana, S.A
3. H.O Jo ditulis Jo, H.O
4. K. Paul Singh ditulis Singh, K. Paul

Penulisan Agensi Kerajaan dan Sektor Korporat :
1. Kementerian Pendidikan Malaysia ditulis Malaysia, Kementerian Pendidikan
2. Kementerian Kesihatan Singapura ditulis Singapura, Kementerian Kesihatan
3. Bahagian Pendidikan Guru ditulis Bahagian Pendidikan Guru
4. Jabatan Pendidikan Kelantan ditulis Jabatan Pendidikan Kelantan


The Meaning Of Alfatihah - Voices of UMMI [lyric]

In the name of Allah, The Beneficent The Merciful All praises be for you Allah Lord of the whole universe The beneficent the merc...