Friday, May 5, 2017

Perbandingan antara Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

Pentaksiran dalam pendidikan tertumpu pada pembelajaran, pengajaran dan hasil. Maklumat untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran disediakan oleh pentaksir dan menjawab soalan, "Bagaimanakah pencapaian murid terhadap apa-apa yang dipelajari daripada pengajaran yang diberikan". Manakala penilaian lebih berfokuskan kepada gred dan memberi gambaran lebih luas daripada tahap penguasaan dan kandungan. Perbandingan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dapat dilihat dalam jadual dibawah:




Aspek Perbandingan
Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Pentaksiran
DEFINISI
Alat untuk mengukur perubahan tingkah laku murid
Satu proses untuk menentukan tahap pencapain murid
Proses untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai/penghakiman
Proses menentukan pencapaian dan membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya
TUJUAN UTAMA
Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran
Membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
Memberikan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum untuk membuat keputusan
Memperoleh dan memberi maklumat yang berterusan untuk menambah baik pembelajaran
ORIENTASI / FOKUS
Terhad pada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran
Berfokuskan pada sesuatu peringkat pembelajaran
Berorientasikan produk/hasil mengenai apa-apa yang telah dipelajari
Berorientasikan proses mengenai perkembangan pembelajaran
KAEDAH / BENTUK
Pemerhatian, temu bual, soal selidik, atau soalan-soalan ujian
Pelbagai cara mengumpulkan data kuantitatif
Pelbagai kaedah kualitatif dan huraian kuantitatif
Pelbagai kaedah kualitatif dan huraian kuantitatif
KEGUNAAN
Untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid dan pencapaian selepas suatu kemahiran / unit pembelajaran
Untuk pengelasan dan penempatan murid dalam jurusan tertentu
Untuk memperbaik kurikulum, cara pengajaran dan membuat ramalan
Untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran dari segi mengesan punca kelemahan
KEPUTUSAN
Pencapaian suatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik
Pencapaian dalam bentuk kuantitatif
Penghakiman untuk mencapai gred/skor keseluruhan
Pengesanan / pengenalpastian aspek-aspek pembelajaran untuk penambahbaikan



Boon Poon Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Siri pendidikan guru: Pentaksiran dalam pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

The Meaning Of Alfatihah - Voices of UMMI [lyric]

In the name of Allah, The Beneficent The Merciful All praises be for you Allah Lord of the whole universe The beneficent the merc...