- Buku teks dan rujukan
- Majalah
- Kertas kerja
- Tesis
- Penulisan ilmiah
- Internet
- Akhbar
- Temu bual
- Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinombori. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.
- Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang atau tidak dicatatkan.
- Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris (single spacing) di antara item dan selang dua baris (double spacing) bagi entri yang berikutnya.
- Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua hendaklah ditaip secara ke dalam (indent) yang bersamaan dengan lima jalur.
- Penulis juga mesti menggunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam penulisannya.
Menulis Nama Pengarang Mengikut Bangsa
Pengarang Barat :
1. Humphery John Bown Watson ditulis H.J.B. Watson atau Watson, H.J.B.
2. Harry Fredwad Michael ditulis H.F. Michael atau Michael, H.F.
Pengarang Arab :
1. Sulayman ibn Rahman al-Faris ditulis Al-Faris, Sulayman ibn Rahman
2. Sharifah Zakiah Alwadud ditulis Zakiah Alwadud, Sharifah
3. Sheikh Ahmad Rahimi ditulis Ahmad Rahimi, Sheikh
Pengarang Melayu :
Nama pengarang Melayu biasanya akan tercatat bin atau binti, namun dalam rujukan tidak ditulis. Jika pengarang mempunyai gelaran seperti Datuk, Datin, Dr. dan sebagainya, gelaran itu ditulis dihujung nama selepas tanda koma (,).
1. Amin Bin Hamid ditulis Amin Hamid
2. Dato' Nordin Bin Hamzah ditulis Nordin Hamzah, Dato' atau Nordin Hamzah
3. Dr. Afdhal Bin Amir ditulis Afdhal Amir, Dr. atau Afdhal Amir
Pengarang Cina :
Terdapat tiga cara menulisnya. Cara pertama,
1. Menulis nama yang lengkap - Lee Tay Peng ditulis Lee Tay Peng
2. Jika pengarang mempunyai gelaran terhormat - Dr. Wai Chee Tian ditulis Wai Chee Tian atau Wai Chee Tian, Dr.
3. Jika nama pengarang ada empat bahagian - Janice Ho Lee Man ditulis Lee, Janice H.L.
Pengarang India :
1. Semua nama ditulis kecuali simbol a/l - Rajendran a/l Chandran ditulis Rajendran Chandran
2. Nama keluarga dicatat pada bahagian hadapan sebelum koma (,) diikuti nama pengarang - Jarjit Singh Siddhu ditulis Siddhu, Jarjit Singh
Pengarang Menggunakan Gabungan Nama dan Parap :
1. M.N. Hafiz ditulis Hafiz, M.N
2. Murniana S.A ditulis Murniana, S.A
3. H.O Jo ditulis Jo, H.O
4. K. Paul Singh ditulis Singh, K. Paul
Penulisan Agensi Kerajaan dan Sektor Korporat :
1. Kementerian Pendidikan Malaysia ditulis Malaysia, Kementerian Pendidikan
2. Kementerian Kesihatan Singapura ditulis Singapura, Kementerian Kesihatan
3. Bahagian Pendidikan Guru ditulis Bahagian Pendidikan Guru
4. Jabatan Pendidikan Kelantan ditulis Jabatan Pendidikan Kelantan
No comments:
Post a Comment