|
picture credit to hongkiat.com |
6.1 Konsep Teknologi Horizon dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- Teknologi: pembangunan & penggunaan alatan, mesin, bahan & proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
- Horizon: had kepandaian
- Teknologi horizon: satu aktivti yang membenarkan sesuatu pihak mengenal pasti peluang teknologi pada masa hadapan untuk membantu meningkatkan taraf hidup manusia.
6.2 Potensi Teknologi Horizon dalam Memudahkan Pembelajaran
6.2.1 Perkakasan
Ciri-ciri perkakasan yang memudahkan pembelajaran:
- Perkakasan yang memberikan murid peluang untuk merasai/mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra murid.
- Perkakasan yang menyokong objektif pembelajaran.
- Perkakasan yang dapat mengekalkan penumpuan murid dalam kelas.
- Perkakasan yang dapat membantu murid memahami isi kandungan pelajaran.
Contoh perkakasan Teknologi Horizon
Augumented Reality
- Teknologi
virtual reality yang digunakan untuk meningkatkan lagi pengalaan deria murid dan memberi variasi rangsangan kepada murid yang mempunyai masalah penumpuan dalam kelas.
3D Printing
- Teknologi yang dijangka akan membantu murid untuk mengubah idea atau sesebuah
blueprint untuk menjadi sebuah prototaip atau objek 3D.
-
3D Printing akan dapat membantu murid-murid untuk lebih mahir dalam kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran analitikal dan kritis.
Biometrics
- Definisi 'biometrics' berasal daru perkataan Greek dimana 'bio' bermaksud kehidupan dan 'metrics' bermaksud ukuran.
- Biometrik ialah satu ukuran dan proses analisis fizikal dan biofizikal diri seseorang individu.
- Teknologi ini dijangka akan dapat memudahkan proses pengenalan diri dan meningkatkan tahap sekuriti sesebuah institusi.
- Misalnya sekarang, pengecaman wajah dan cap jari.
6.2.2 Perisian
Kegunaan perisian dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
- memudahkan kerja guru
- memberikan pengalaman konkrit
- menarik minat pelajar
- menghasilkan p&p yang berkesan
Contoh perisian terkini:
Classroom Dojo
- satu perisian yang membentuk komuniti antara ibu bapa, guru dan murid
- ibu bapa dapat mengambil peranan dalam pembelajaran anak
- prestasi aaak dapat diambil perhatian
- digunakan di 180 buah negara di seluruh dunia
- terdapat dalam 35 jenis bahasa
Google Classroom
- membolehkan guru melaksanakan p&p secara maya
- guru boleh memberi gred, maklum balas dan memasukkan tugasan
- guru boleh berinteraksi dengan murid walaupun selepas waktu sekolah
- menghasilkan p&p yang lebih menarik
- pengurusan kelas yang lebih teratur
6.2.3 Sistem
Sistem : sekolompok komponen dan elemen yang digabungkan menjadi satu untu mencapai tujuan tertentu
Sistem komputer : suatu jaringan elektronik yang terdiri dari software dan hardware yang melakukan tugas tertentu (menerima input, memproses input, menyimpan perintah-perintah, dan menyediakan output dalam bentuk informasi)
Contoh sistem Teknologi Horizon
Sistem Rangkaian Global
- Google memperkenalkan Projek Loon.
- Rangkaian internet tanpa wayar dengan kecepatan 3G yang dipancarkan ke daerah terpencil.
- Belon khusus dilepaskan ke atmosfera untuk mewujudkan rangkaian internettanpa wayar di udara.
Satu Sistem untuk Beberapa Komputer
- Sistem operasikomputeryangsesuaiuntuk semuaperanti.
- Contoh:komputer, tablet dan telefon pintar mempunyai fungsi yang sama seperti laptop.
Mind Reading
- Diperkenalkan IBM (International Business Machines) dalam masa lima tahun akan datang.
- Komputer yang mampu berinteraksi dengan manusia melalui fikiran.
- Gelombang dalam otak dapat dibaca dan kemudiannya dikirimkan kepada komputer.
Komputer dengan Sensor Pancaindera
-
Penglihatan: komputer dilengkapi oleh kamera 360 yang dapat memahami gerak geri, mimik muka dan gerakan mulut kemudiannya terjemahkan ke dalam arahan komputer.
-
Rasa: dilengkapi sensor yang dapat mengecam pelbagai jenis makanan & minuman sehingga dapat mengenal pasti ramuan.
-
Sentuhan: dilengkapisensoryang dapat mengenal pasti sesuatu benda dari sentuhan (tajam, keras, tumpul dll)
-
Bau: komputer dapat mengenal pasti sesuatu benda dari aroma atau bau.
-
Pendengaran: komputer mampu menerima arahan melalui suara manusia kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan atau rakaman.