image credited to the owner |
- Pengujian
Dalam pengujian, matlamat yang sah amat penting. Guru yang menggunakan ujian perlu menentukan jenis maklumat yang dikehendaki dan ujian mesti digunal untuk memperoleh maklumat yang diperlukan. Maka, guru harus jelas dengan tuuan pengujian di dalam bilik darjah serta memastikan ujian yang digunakan memenuhi tujuan yang diingini.
- Pengukuran
Dalam pengukuran di dalam bilik darjah, terdapat beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat murid dan tinjauan literatur mendapati bahawa ujian kertas dan pensel, ujian lisan, ujian prestasi, soal selidik, temu bual, pemerhatian, skala kadar, latihan, lembaran kerja dan penyoalan merupakan alat pengukuran yang digunakan di dalam bilik darjah untuk mengukur prestasi murid.
- Penilaian
Mengikut Kizlik (2015), penilaian merujuk kepada proses yang direka bentuk untuk mendapatkan maklumat supaya dapat membantu kita membuat satu penghakiman mengenai satu situasi. Apabila maklumat dikumpulkan melalui cara-cara pengumpulan seperti ujian kertas dan pensel, latihan bertulis atau ujian lisan, guru akan menggunakan data untuk pelbagai tujuan seperti membuat keputusan terhadap murid, serta proses pengajaran pembelajaran. Proses ini merupakan proses pengumpulan dan intrepretasi maklumat mengenai kurikulum dalam aspek seperti murid, guru, strategi pengajaran dan pembelajaran serta bahan pengajaran. Hal ini melibatkan penghakiman dan keputusan yang yang dibuat tentang kualiti terhadaps esuatu aspek sama ada pencapaian murid, pengajaran guru atau aktiviti pengajaran.
Dalam penilaian bilik darjah, maklumat dikumpulkan sebelum penilaian boleh dilaksanakan. Pada mulanya, guru akan mentadbirkan alat pengukuran seperti ujian pendek . Maklumat dikumpulan dalam bentuk markah. Kemudian, guru akan menetapkan kriteria untuk membuat keputusan. Misalnya, dalam ujian bilik darjah guru akan menetapkan markah lulus iaitu 50 markah, Maka peniliana melibatkan penghakiman nilai berdasarkan kriteria yang ditentukan. Dengan kata lain, semasa guru membuat penilaian, guru sebenarnya melibatkan dri dalam proses untuk menyediakan maklumat supaya membantunya untuk membuat keputusan terhadap sesuatu situasi. Penilaian pada umumnya memerlukan maklumat tentang sesuatu situasi dan akhirnya satu keputusan dibuat terhadapnya.
Sebagai contoh,
Sofea mendapat 43 markah untuk ujian Matematik. Jika guru menetapkan markah lulus ialah 40 markah (kriteria ditetapkan awal), maka Sofea dikira lulus (penghakiman nilai), manakala jika markah lulus ditetapkan sebanyak 45, Sofea gagal ujian tersebut.
Berdasarkan contoh diatas, dapat dilihat bahawa keputusan yang dibuat bergantung kepada kriteria yang ditetapkan awal. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa penilaian membolehkan guru membuat intrepretasi bermakna terhadap maklumat yang diperoleh dan keputusan yang dibuat akan menentukan aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah seperti pemulihan atau penggayaan yang dilaksanakan untuk murid yang berkaitan.
Pentaksiran
Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaatan dan istilah ini menggambarkan proses berterusan yang merangkumi pengumpulan, pengintrepretasan, perekodan, dan pelaporan maklumat mengenai prestasi murid supaya dapat embantu guru membuat keputusan. Maka pentaksiran merujuk istilah umum yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn & Gronlund, 2009). Contohnya skala kadar prestasi, projek, ujian kertas dan pensel, pemerhatian dan sebagainya digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan guru membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya. Dalam kebanyakan penulisan, istilah penilaian dan pentaksiran digunakan secara "saling bertukar". Secara umumnya, pentaksiran merangkumi deskripsi kuantitatif dan kualitatif. tentang murid. Tambahan pula, pentaksiran sentiasa meliputi penghakiman nilai mengenai keputusan yang dibuat.
Kesimpulannya, pentaksiran dianggap sebagai alat, teknik, prosedur dan semua aktiviti yang diambil oleh guru dan murid untuk memperoleh maklumat melalui cara formal dan tidak formal. Menurut Arends (2008), maklumat yang dikumpukan akan menyediakan maklum balas untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan diri mereka.
RUJUKAN
Airasian, P.W. (2005). Classroom assessment: Concepts dan applications. Boston: McGraw Hills.
Arends. (2008). Learning to teach. (8th ed.) Boston: McGraw Hill Higher Education.
Kizlik, B. (2015). Measurement, assessment, and evaluation in education. Retrieved on 10 Dec 2015 from http://www.adprima.com/measurement.htm.
Miller, M.D., Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2009). Measurement and assessment in teaching. (10th ed.). New Jersey: Pearson Education International.
*Petikan daripada buku Siri Pendidikan Guru: Pentaksiran dalam Pendidikan (2017) oleh Boon Poon Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment