Sunday, May 14, 2017

Teknologi Horizon

picture credit to hongkiat.com

6.1 Konsep Teknologi Horizon dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

  • Teknologi: pembangunan & penggunaan alatan, mesin, bahan & proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
  • Horizon: had kepandaian
  • Teknologi horizon: satu aktivti yang membenarkan sesuatu pihak mengenal pasti peluang teknologi pada masa hadapan untuk membantu meningkatkan taraf hidup manusia.

6.2 Potensi Teknologi Horizon dalam Memudahkan Pembelajaran

6.2.1 Perkakasan

Ciri-ciri perkakasan yang memudahkan pembelajaran:

  1. Perkakasan yang memberikan murid peluang untuk merasai/mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra murid.
  2. Perkakasan yang menyokong objektif pembelajaran.
  3. Perkakasan yang dapat mengekalkan penumpuan murid dalam kelas.
  4. Perkakasan yang dapat membantu murid memahami isi kandungan pelajaran. 

Contoh perkakasan Teknologi Horizon

Augumented Reality
- Teknologi virtual reality yang digunakan untuk meningkatkan lagi pengalaan deria murid dan memberi variasi rangsangan kepada murid yang mempunyai masalah penumpuan dalam kelas.

3D Printing
- Teknologi yang dijangka akan membantu murid untuk mengubah idea atau sesebuah blueprint untuk menjadi sebuah prototaip atau objek 3D.
- 3D Printing akan dapat membantu murid-murid untuk lebih mahir dalam kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran analitikal dan kritis.

Biometrics
- Definisi 'biometrics' berasal daru perkataan Greek dimana 'bio' bermaksud kehidupan dan 'metrics' bermaksud ukuran.
- Biometrik ialah satu ukuran dan proses analisis fizikal dan biofizikal diri seseorang individu.
- Teknologi ini dijangka akan dapat memudahkan proses  pengenalan diri dan meningkatkan tahap sekuriti sesebuah institusi.
- Misalnya sekarang, pengecaman wajah dan cap jari.

6.2.2 Perisian 

Kegunaan perisian dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

  • memudahkan kerja guru
  • memberikan pengalaman konkrit
  • menarik minat pelajar
  • menghasilkan p&p yang berkesan
Contoh perisian terkini:

Classroom Dojo
- satu perisian yang membentuk komuniti antara ibu bapa, guru dan murid
- ibu bapa dapat mengambil peranan dalam pembelajaran anak
- prestasi aaak dapat diambil perhatian
- digunakan di 180 buah negara di seluruh dunia
- terdapat dalam 35 jenis bahasa

Google Classroom
- membolehkan guru melaksanakan p&p secara maya
- guru boleh memberi gred, maklum balas dan memasukkan tugasan
- guru boleh berinteraksi dengan murid walaupun selepas waktu sekolah
- menghasilkan p&p yang lebih menarik
- pengurusan kelas yang lebih teratur

6.2.3 Sistem

Sistem : sekolompok komponen dan elemen yang digabungkan menjadi satu untu mencapai tujuan tertentu

Sistem komputer : suatu jaringan elektronik yang terdiri dari software dan hardware yang melakukan tugas tertentu (menerima input, memproses input, menyimpan perintah-perintah, dan menyediakan output dalam bentuk informasi)

Contoh sistem Teknologi Horizon

Sistem Rangkaian Global
- Google memperkenalkan Projek Loon.
- Rangkaian internet tanpa wayar dengan kecepatan 3G yang dipancarkan ke daerah terpencil.
- Belon khusus dilepaskan ke atmosfera untuk mewujudkan rangkaian  internettanpa wayar di udara.

Satu Sistem untuk Beberapa Komputer
- Sistem operasikomputeryangsesuaiuntuk semuaperanti.
- Contoh:komputer,  tablet dan telefon pintar mempunyai fungsi yang sama seperti laptop.

Mind Reading
- Diperkenalkan IBM (International Business Machines) dalam masa lima tahun akan datang.
- Komputer yang mampu berinteraksi dengan manusia melalui fikiran.
- Gelombang dalam otak dapat dibaca dan kemudiannya dikirimkan kepada komputer.

Komputer dengan Sensor Pancaindera
- Penglihatan: komputer dilengkapi oleh kamera 360 yang dapat memahami gerak geri, mimik muka dan gerakan mulut kemudiannya terjemahkan ke dalam arahan komputer.
 - Rasa: dilengkapi sensor yang dapat mengecam pelbagai jenis makanan & minuman sehingga dapat mengenal pasti ramuan.
- Sentuhan: dilengkapisensoryang dapat mengenal pasti sesuatu benda dari sentuhan (tajam, keras, tumpul dll)
- Bau: komputer dapat mengenal pasti sesuatu benda dari aroma atau bau.
- Pendengaran: komputer mampu menerima arahan melalui suara manusia kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan atau rakaman.

No comments:

Post a Comment

The Meaning Of Alfatihah - Voices of UMMI [lyric]

In the name of Allah, The Beneficent The Merciful All praises be for you Allah Lord of the whole universe The beneficent the merc...